Le Tour De Langkawi
Tour de Langkawi merupakan acara jelajah lumba basikal lebuh raya yang diadakan di
Malaysia setiap tahun sejak tahun 1996. Nama acara itu diambil bersempena dengan nama destinasi permulaan acara iaitu
Langkawi,
Kedah. Namun begitu, terdapat beberapa edisi yg tidak mengambil tempat di Langkawi.
Empat jersi menjadi rebutan pelumba dalam perlumbaan, iaitu juara keseluruhan; raja pecut; raja bukit; dan pelumba Asia terbaik. Selain itu, gelaran pasukan terbaik dan pasukan Asia terbaik diberikan sebagai pengiktirafan kepada pasukan yang paling cemerlang.
Acara jelajah ini mendapat pengiktirafan kategori 2.HC daripada UCI dan merupakan sebahagian daripada Jelajah Asia
UCI.
Sejarah Le Tour De Langkawi
Tour de Langkawi merupakan idea bekas Perdana Menteri Malaysia
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Wan Lokman Wan Ibrahim dan juga First Cartel. Acara ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1996.Jelajah ini diadakan di
Semenanjung Malaysia. Jelajah ini juga mengunjungi
Sabah dan
Sarawak pada 1997, namun perkhidmatan kargo kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses pengangkutan kelengkapan lama tertunda, memaksa pihak penganjur membatalkan peringkat kedua jelajah 1997.Semenjak itu, jelajah ini tidak ke Malaysia Timur lagi. Jelajah selalunya berakhir dengan perlumbaan
kriterium 12 pusingan di
Dataran Merdeka.
Sejarah Le Tour de Langkawi diwarnai oleh beberapa insiden, misalnya dua kali terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat di peringkat akhir pada tahun 2003 dan 2006. Ketika pusingan pertama pada tahun 2004, pegawai polis membuka laluan lumba untuk kegunaan pengangkutan awam ketika perlumbaan masih berjalan. Setelah berunding dengan para pelumba, peringkat ini tidak dikira dalam keputusan pertandingan.